| Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis. |
| Asrama/Kamsis |
Page 1 of 2 Kata-kata Aluan Pengetua Asrama Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
ALHAMDULILLAH, Syukur kita kepada Allah s.w.t. Dalam zaman IT ini selangkah lagi kamsis PSMZA mencapai kejayaan dalam bidang iT. Saya Selaku Pengetua Asrama merasa bertuah dan mengucapkan ribuan terimakasih kepada pihak pengurusan dan unit ICT PSMZA kerana sudi melayari ruangan web asrama.
Asrama terdiri dari tiga blok induk yang dapat menampung pelajar seramai 1272 orang, Dengan adanya laman web ini dapat memberi manafaat dan kemudahan kepada pelajar yang ingin mengetahui berkaitan dengan asrama, sempena dengan zaman maklumat di hujung jari. Kemudahan seumpama ini dapat membina dan melengkapkan diri pelajar yang Berinformasi, Berketrampilan dan Berwawasan. Akhirnya , sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat terutama ketua penyelia dan staf-staf asrama yang bertungkus lumus dalam menyiap dan menyediakan laman web asrama, Allah sahajalah yang dapat membalas kerja-kerja murni itu dengan setimpalnya.
Sekian, Terima Kasih. Wassalam.
|